PENGENALAN
Tidak dinafikan bahawa teknologi komputer boleh menjadi wadah
utama perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia mampu menjadikan
proses pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak lebih menarik, meluas dan
mengkagumkan. Bagaimanapun, antara isu utama yang sentiasa menjadi agenda
dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ialah dari segi keberkesanan
pembelajaran berbantukan elemen multimedia.
Penggunaan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak
dalam sessi pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan bersesuaian dapat
membantu dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan terhadap seseorang
kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun, ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk awal kanak-kanak tidak boleh terlalu berat dan ia haruslah bersesuaian
dengan peringkat umur kanak-kanak tersebut.
PENGGUNAAN BAHAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Selain penggunaan ICT untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, pembelajaran untuk awal kanak-kanak juga terus digalakkan. Pada mulanya, penggunaan ICT ini mendapat pandangan negatif dari para pendidik kerana mereka bimbang penggunaan ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap pemikiran kanak-kanak tersebut. Kerana perkembangan semasa, pandangan para pendidik telah berubah kerana mereka sudah mula memikirkan akan kelebihan penggunaan ICT.
Penggunaan bahan ICT agak terkenal di negara-negara barat dan keberkesanannya amat maju. Aktiviti seperti nyanyian, menggabungkan pembelajaran dengan menggunakan sofware atau perisian yang sesuai dengan kanak-kanak. Mereka juga boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari pelbagai alat muzik menggunakan perisian tersebut. Selain itu, National Geographic Kids membekalkan maklumat tentang geografi, kraf, aktiviti sains untuk kanak-kanak (Doris Bergen,2001).
KOMPUTER DAN LITERASI KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Semenjak tahun-tahun kebelakangan, pelbagai reaksi telah diterima tentang adakah ICT mampu meningkatkan kemahiran literasi kanak-kanak untuk boleh menulis dan membaca. Ada pula pendapat yang mempersoalkan penggunaan komputer yang ‘terlalu awal’ diperkenalkan kepada kanak-kanak.
Di Amerika Syarikat (AS), penggunaan komputer dalam kalangan kanak-kanak kecil telah mencetuskan debat yang berterusan dalam kalangan pendidik dan profesional sejak berdekad-dekad lamanya. Kesannya, lebih banyak kerja penyelidikan telah dihasilkan dalam memastikan kanak-kanak benar-benar menerima manfaat daripada penggunaan ICT dalam pembelajaran.
Di negara seperti United Kingdom pula, Strategi Literasi Kebangsaan (National Literacy Strategy) telah diwujudkan oleh pihak kerajaan. Strategi ini menginginkan agar kanak-kanak harus sekurang-kurangnya tahu, faham dan berkebolehan menulis. Hasil idea mereka pula dijelmakan di dalam pelbagai bentuk (genre) seperti tulisan fiksyen dan sajak. Maklumat lanjut boleh didapati dihttp://www.literacytrust.org.uk/.
KEPENTINGAN LITERASI DAN KEUPAYAAN KOMPUTER
Jelas bahawa kemahiran asas yang utama yang harus diajar kepada kanak-kanak prasekolah ialah kemahiran literasi. Kemahiran ini memberi penekanan tentang keupayaan kanak-kanak membaca dan menulis. Ia juga melibatkan kemahiran lain yang sangat berkait iaitu mendengar dan bercakap.
Dalam tempoh dari Tahun Satu hingga tahun Enam (7-12 tahun), kanak-kanak didedahkan dengan kemahiran yang lebih rencam berkaitan literasi. Keupayaan mereka diperkembangkan lagi melalui pelbagai aktiviti seperti penulisan kreatif, penceritaan semula serta aktiviti main peranan seperti lakonan.
Oleh itu, penyelidikan dalam bidang berkaitan peranan komputer membantu kanak-kanak mengasah kemahiran literasi kini semakin berkembang. Perisian seperti KidPad sebagai contoh, telah dibangunkan bagi membolehkan mereka bekerjasama menggunakan hiperlinks pada skrin. Kemudian objek yang dilukis memerlukan mereka menceritakan kaitan dan jalan cerita yang mereka hasilkan sendiri.
Perisian yang lebih canggih juga telah dihasilkan bagi membantu kanak-kanak memperkembangkan kemahiran literasi mereka. Perisian lain pula mampu memproses hasil input yang ditaip oleh kanak-kanak pada skrin dan suap balik (feedback) diberikan serta merta. Ia membantu memperbetulkan kesilapan tatabahasa, ejaan dan sebagainya secara interaktif tanpa bantuan ibu bapa atau penjaga.
Kaedah termaju pula menggunakan teknologi realiti maya (VR). Ia membolehkan kanak-kanak membina jalan cerita mereka sendiri melalui interaksi dengan objek yang disediakan pada persekitaran maya.
Beberapa hasil penyelidikan awal nampaknya menyokong penggunaan komputer dalam perkembangan literasi kanak-kanak. Kebanyakan para penyelidik mengaku bahawa keupayaan kanak-kanak menulis boleh diperkembangkan lagi melalui teknologi ini.
Cuma mungkin perkara yang merisaukan mereka ialah bahawa sebilangan kanak-kanak yang tidak berapa cekap menaip dengan papan kekunci akan tertinggal berbanding rakan yang lain. Padahal mereka sebenarnya mempunyai idea tulisan yang baik.
KEPENTINGAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
Sistem kurikulum
prasekolah telah dibina bersesuaian dengan tahap perkembangan
dan bersesuaian dengan aspek pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun
kaedah dan sistemyang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar
prasekolah dari segi JERI namunkelebihan ICT juga amat berguna dan membantu
dalam melicinkan lagi proses pembelajaran di prasekolah. Terdapat banyak
kepentingan ICT ini termasuklah membantu guru untuk mendapatkan bahan
pengajaran dan membantu pelajar untuk menjelajah dunia ICT agar
tidak ketinggalan dengan arus pemodenan. Penggunaan peralatan ICT seperti
komputer amat penting dalam membantu pelajar untuk menjelajah dunia internet dan
melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan
perkembangan kognitif kanak-kanak.
Antara kepentingan internet kepada pelajar
adalah seperti membantu mereka untuk memperolehi maklumat dan bahan yang mereka
sukar dapatkan di sekolah. Selain itu, pelajar juga dapat membuat aktiviti yang
melibatkan interaksi dengan pelajar-pelajar lain dari luar negara
melalui perkhidmatan internet. Selain itu, mereka juga dapat membuat projek
kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya di negara barat, pelajar
berumur 4 tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan
memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka
sekali. Selain itu, ICT juga dapatmeningkatkan pembelajaran secara kolaboratif.
Seperti contoh diatas, penggunaan ICT dapat meningkatkan penglibatan
pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran melalui “peer
group” yang lebih bersifat global.
Selain itu juga, melalui ICT, pelajar-pelajar mudah untuk menghubungi
ataupun melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara semasa sesi
pembelajaran. ICT merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya dan ini
memberikan banyak pilihan kepada guru prasekolah dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Antaranya adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan
bagi pelajar yang agak cerdik berbanding dengan pelajar lain supaya mereka
tidak merasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih
mencabar minda. Selain itu, ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran
yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang
berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk
simulasi. Penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid untuk menentukan
haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing dan mendorong
murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Selain itu dapat
memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam
kelas.
Secara umumnya, ICT berupaya membantu untuk meningkatkan kefahaman serta
penguasaan murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Selain itu juga dapat
memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan. Walaupun terdapat pelajar yang agak lemah dalam kelas, namun
mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer dikelas. Ini akan sekali gus
dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajar walaupun lemah dan
melatih mereka ke arah pembelajaran individu. Selain itu juga, dengan adanya
internet, pelajar dan guru juga mudah untuk mengakses maklumat yang sukar
dicari serta mahal untuk diperolehi. Bukan itu saja, ICT juga membolehkan murid
mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau
bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya
kreativiti dan imaginasi pelajar.
KERATAN AKHBAR
Memanfaatkan ICT untuk anak

Hafiza Abdul Rahman menggalakkan anak-anaknya memanfaatkan ICT dengan membina makmal ICT mini di rumah.
RASANYA semua ibu bapa sedar akan hakikat kanak-kanak zaman ini memang lebih bijak dan mahir menggunakan peralatan teknologi. Malah mereka juga pantas menguasai kemahiran membaca dan menulis jika dibanding dengan anak-anak yang lahir 20-40 tahun sebelumnya. Kanak-kanak yang dahulunya gemar bermain bola sepak, berkhemah, beriadah, ke kelas tarian dan sebagainya bertukar minat kepada menghantar pesanan teks dan permainan komputer. Malah ada yang mempunyai akaun di laman rangkaian sosial semuda usia enam tahun. Bayangkan betapa mudahnya anak-anak diberikan kemudahan teknologi maklumat (IT) seperti komputer (PC), komputer riba, tablet, permainan video Sony Playstation, Xbox, Wii dan sebagainya bagi mengisi masa terluang tanpa had dan kawalan daripada ibu bapa. Persoalannya, adakah benar teknologi telah mencederakan, membahayakan dan merobek naluri keprihatinan sebagai insan terhadap si kecil? Adakah pendedahan terlalu awal ini memberikan kesan buruk?
Pengasas laman web Little Kittle, Hafiza Abdul Rahman mengakui, anak cilik zaman ini lebih mengenali alam siber di usia lebih awal dan memiliki gajet IT sendiri berbanding berinteraksi dengan dunia luar. Anak-anak kecil itu hanya perlu menggunakan jari jemari untuk mengakses dunia tanpa sempadan di Internet.
"Tiada halangan atau sempadan pada pandangan lahiriah si kecil ini kerana arus permodenan telah mengaburkan dunia sebenar dan mewujudkan dunia digital.
"Pada pandangan mereka cuma ada satu, iaitu dunia hasil gabungan teknologi yang bersifat lebih interaktif, mudah alih dan boleh menghubungkan jarak jauh dengan lebih singkat.
"Saya tidak setuju dengan pandangan skeptikal dan stereotaip berkenaan penggunaan teknologi lebih membawa keburukan terhadap anak kecil.
"Ini kerana saya dan suami percaya teknologi memberikan peluang lebih besar jika ia dipantau dan digunakan bersama. Iaitu tidak hanya meninggalkan anak-anak tersebut berdepan dengan gajet ini tanpa didikan dan kasih sayang.
"Teknologi ini perlu digunakan dan dimanipulasi sebaiknya dalam setiap institusi kekeluargaan bagi manfaat jangka panjang bersama.
"Ia tidak hanya terhad kepada melayari rangkaian sosial atau menghantar pesanan ringkas, bermain permainan komputer," ujar Hafiza yang lebih dikenali dengan nama webnya Mamafiza.
Ujar Hafiza , bila ingin tahu tentang sesuatu, kanak-kanak terbabit boleh mengakses kepada perpustakaan dengan hanya satu klik saja.
Anak-anak boleh meneroka perkara yang ingin dipelajarinya, membaca akhbar dalam talian, mencari komuniti online dan berpengalaman berdepan dengan pertembungan budaya berbeza dari seluruh pelosok dunia .
Semua itu jika diambil dengan cara positif dan berhemah dapat membantu anak-anak membentuk keterampilan dan peribadi selain lebih berfikiran matang dan cemerlang.
"Dengan pantauan di rumah, anak-anak saya diasuh untuk tidak mempunyai perasaan takut dalam bereksperimen dengan peranti komputer dan perisian baru.
"Malah mereka turut terlibat dalam proses mereka bentuk grafik, asas rakaman dan suntingan video serta pengekodan laman web dan pembuatan perisian pintar pada usia yang lebih muda.
"Dengan cara ini anak-anak dapat memahirkan diri dalam melakukan pelbagai tugas dan lebih yakin," katanya.
Bagi Hafiza, isu keselamatan dan hak peribadi perlu diajar kepada anak-anak sebelum didedahkan dengan sebarang jaringan Internet.
Katanya, perkara yang paling asas perlu ada ialah disiplin keluarga.
Sebagai contoh, jika keluar bersama keluarga untuk bercuti atau waktu makan, tidak dibenarkan sama ada anak-anak mahu pun ibu bapa menggunakan gajet.
"Bagi saya, ibu bapa adalah model mutlak. Sekiranya mereka sendiri makan malam sambil menonton televisyen dan asyik membelek telefon bimbit, ini seolah memberikan isyarat pada si kecil bahawa perbuatan itu 'boleh' dilakukan dan perlakuan itu diterima.
"Ibu bapa sendiri perlu mengimbangi dunia realiti dan dunia siber sebelum memberi tunjuk ajar buat anak-anak kecil," katanya yang turut berkongsi panduan dalam laman webnya sendiriMamafiza.com.
Menurut Hafiza, ibu bapa boleh cuba mewujudkan projek makmal mini ICT yang menggunakan teknologi untuk membantu anak cilik membentuk kebolehan berfikir ke tahap lebih tinggi.
Untuk membolehkan keupayaan berfikir secara terbuka, si kecil perlu mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam subjek asas seperti membaca, mengira, (asas matematik, bahasa, subjek asas sains: biologi, fizik, kimia,) yakni yang membolehkan mereka berfikiran kritis serta berkemahiran dalam menyelesaikan masalah.
"Dengan mewujudkan makmal IT mini di rumah, anak-anak tiada punyai alasan untuk ke kafe siber kerana wujudnya kelengkapan di rumah yang boleh dipantau oleh ibu bapa sendiri.
"Senario ini dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di kafe siber yang telah disalahgunakan oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab seperti menjadikannya pusat judi haram dan juga aktiviti yang tidak sihat di kalangan remaja yang ponteng sekolah," katanya.
blh saya copy paste
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam