Rabu, 8 Februari 2012

Crayola

SELAMAT DATANG KE CRAYOLA =)
http://www.crayola.com


PENGENALAN
CRAYOLA merupakan satu laman web untuk pendidikan. Dalam laman web ini mempunyai banyak aktiviti yang dapat menyeronokkan kanak-kanak dan dapat mengembangkan perkembangan mereka. Namun, laman web ini lebih tertekan kepada seni visual. Laman web ini bukan sahaja untuk kanak-kanak, ia juga sesuai untuk seorang pendidik dan juga untuk ibu bapa. Hal ini demikian, laman web ini mempunyai panduan kepada ibu bapa dan pendidik dengan cara mengajar dan cara mengembangkan perkembangan kanak-kanak dengan lebih efektif.  Laman web ini mempunyai banyak bahagian seperti bahagian untuk kanak-kanak mewarna, bahagian membuat kraf, bahagian permainan, bahagian untuk ibubapa atau pendidik dan lain-lain lagi. Melalui laman web ini, kanak-kanak dapatmengembangkan perkembangan kreativiti dan estetika mereka.

SASARAN
Laman web ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dan semua ibubapa serta pendidik.


BAHAGIAN
Coloring Page
Dalam bahagian ini, terdapat lebih daripada 1,000 coloring page yang percuma. Coloring page yang baru akan bertambah pada setiap bulan. Dalam bahagian ini, ia juga mempunyai banyak tema atau categosies untuk kanak-kanak memilih dan mewarna
Contoh



Craft Ideas
Dalam bahagian ini, terdapat banyak contoh-contoh kraf yang mengikut tema untuk kanak-kanak memilih. Dalam bahagian ini, terdapat cara membuat kraf, panduan keselamatan dan gambar kraf supaya kanak-kanak dapat menghasilkan kerja mereka dengan lebih sempurna.

Contoh


Games & Fun
Bahagian ini terdapat beberapa games untuk kanak-kanak yang dapat mengajar kanak-kanak mengenalkan warna dan bentuk.

Contoh






Products
Laman web ini juga menyediakan satu bahagian yang memperkenalkan pelbagai bahan untuk seni visual dan tempat yang dapat membelinya seperti pensil warna, warna air dan sebagainya secara online atau di kedai-kedai.
Contoh



For Educators
Crayola juga telah menyediakan satu bahagian untuk semua pendidik. Dalam bahagian ini terdapat banyak panduan untuk para pendidik mengajar kanak-kanak. Contohnya lesson plan yang mengikut umur kanak-kanak dan tema.
 Contoh


For Parents
Laman web ini juga memberi panduan kepada ibubapa dengan cara mengajar kanak-kanak dan bantuan kepada ibubapa dalam mengembangkan perkembangan kanak-kanak.


Contoh


Support
Dalam bahagian ini, terdapat pelbagai support yang dapat membantu para pengguna yang mahu lebih tahu terhadap crayola seperti contact number,product instruction sheets dan sebagainya.

About Crayola
Bahagian ini adalah untuk memberi para pengguna lebih mengenalkan crayola dengan lebih teliti.

Bahagian lain
Terdapat juga bahagian story studio,tv dan lain-lain lagi yang perlu daftar       secara percuma baru boleh guna.



KELEBIHAN
  1. Laman web ini dapat mengembangkan perkembangan kanak-kanak terutamanya dari segi perkembangan kreativiti dan estetika.
  2. Laman web ini bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak dalam mengembangkan perkembangan mereka, ia juga dapat membantu ibubapa dan para pendidik dalam memberi panduan kepada mereka.
  3. Laman web ini menggunakan bahasa inggeris yang dapat mengembangkan bahasa inggeris kanak-kanak yang kurang mahir.
  4. Laman web ini mempunyai penerangan yang jelas bagi semua aktiviti atau permainan supaya menyenangkan kanak-kanak mengguna atau memainkan.
  5. Kanak-kanak dapat berimiginasi dengan lebih kreatif apabila melayari laman web ini.
  6. Laman web ini dapat membantu kanak-kanak mengenalkan warna yang berlainan.
  7. Laman web ini dapat membantu ibubapa dan para pendidik dengan cara mengajar kanak-kanak dengan lebih efektif serta memberi panduan kepada mereka.
KELEMAHAN 
  1. Laman web ini tidak sesuai untuk kanak-kanak yang bawah umur empat tahun kerana terdapat bahagian yang susah untuk kanak-kanak fahami.
  2. Laman web ini kurang aktiviti yang dapat mengembangkan perkembangan kanak-kanak yang lain seperti perkembangan bahasa.
  3. Laman web ini tidak mempunyai lagu atau bunyi yang boleh menarik minat kanak-kanak.
  4. Terlalu banyak tulisan dan arahan untuk kanak-kanak.
  5. Ada bahagian yang tidak dapat mewarna secara online dan perlulah mencetak keluar. Oleh itu, jika sesebuah keluarga tidak mempunyai alat pencetak atau kanak-kanak tidak tahu menggunakan pencetak, aktiviti itu hanya boleh dijalankan secara separuh sahaja.
Contoh :

Ziggity Zoom

SELAMAT DATANG KE ZIGGITY ZOOM




PENGENALAN

ZIGGITY ZOOM merupakan laman web berunsurkan pendidikan penggunaan ICT kepada kanak-kanak. Ia dapat memberikan pengetahuan baru dan keseronokan kepada kanak-kanak dengan aktiviti yang terdapat dalam laman web ini. laman web ini mempunyai enam bahagian iaitu games, colouring, stories, play world, activities dan video. Selain itu, laman web ini juga boleh sesuai untuk ibubapa dan pendidik untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Ibubapa atau pendidik boleh memuat turun lembaran kerja yang sedia ada serta boleh menjadikan laman web ini sebagai panduan untuk menarik minat kanak-kanak dalam aktiviti yang berfaedah.

SASARAN

Laman web ini sesuai untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur 2 hingga 8 tahun.



Terdapat enam bahagian utama yang terdapat dalam laman web ini. Kanak-kanak boleh memilih bahagian yang disukai kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menarik di sebalik setiap bahagian yang dipilih. Selain itu, terdapat bimbingan dan panduan kepada ibu bapa.


BAHAGIAN

GAMES
Games adalah kegemaran kanak-kanak di Ziggity Zoom. Games di dalam laman web ini mudah untuk mencetak, banyak permainan yang menyeronokkan dan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. Ziggity Zoom akan menambah lebih banyak permainan setiap bulan. Games dalam laman web ini membantu kanak-kanak berasa seronok semasa bermain dan mempunyai permainan mudah untuk kanak-kanak prasekolah.




COLORING
Laman web ini telah mencipta imej dan gambar-gambar yang menarik untuk kanak-kanak mewarna. Kanak-kanak boleh mewarna secara online dan boleh dicetak. Ibu bapa atau pihak pendidik boleh mencetak gambar yang terdapat di Ziggity Zoom sebagai bahan lampiran kerja kanak-kanak. kanak-kanak boleh mewarna hasil kerja mereka dengan krayon dan pensil warna.





STORIES
Stories mempunyai banyak cerita-cerita yang menarik untuk kanak-kanak. Kanak-kanak boleh mendengar cerita-cerita secara dengan menggunakan audio suara.



PLAYWORLDS
Play Worlds adalah suatu permainan kanak-kanak untuk meneroka. Kanak-kanak boleh merasai satu pengalaman yang menarik apabila bermain dalam play worlds ini. Paly Worlds ini terbahagi kepada dua iaitu permainan kanak-kanak perempuan dan permainan kanak-kanak lelaki.

contoh permainan kanak-kanak lelaki


contoh permainan kanak-kanak perempuan


ACTIVITIES
Kreatif dan imaginasi adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak. Pada bahagian ini pelbagai aktiviti kreatif dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.



VIDEOS
Di bahagian ini, kanak-kanak boleh menonton karton yang bermotifkan pembelajaran. Ibu bapa dan pendidik juga boleh melihat cara-cara membuat bahan bantu mengajar yang menarik untuk aktiviti kanak-kanak dan pelbagai lagi.



KELEBIHAN
  1. Laman web ini sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 8 meneroka dalam bidang ICT.
  2. Dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari perkembangan fizikal iaitu koordinasi mata-tangan.
  3. Pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak dalam laman web ini.
  4. Ibu bapa dan pendidik boleh mencetak lembaran kerja yang sedia ada di dalam laman web ini sebagai bahan untuk mengajar.
  5. Laman web ini mempunyai panduan kepada ibu bapa dan pendidik untuk menjalankan aktiviti kanak-kanak yang lebih efektif supaya kanak-kanak tidak bosan.
  6. Laman web ini mempunyai penerangan yang jelas untuk sesuatu aktiviti bagi memudahkan kanak-kanak dan ibu bapa.

KELEMAHAN
  1. Warna di dalam Ziggity Zoom kurang menarik perhatian kanak-kanak.
  2. Tahap bahasa Inggeris di laman web ini sangat sukar untuk kanak-kanak 2 hingga 8 tahun.
  3. Terlalu banyak perkataan dan keterangan.
  4. Tulisan yang kurang menarik dan terlalu kecil serta sukar dibaca oleh kanak-kanak.

Nickjr

Selamat datang ke 



PENGENALAN

nickjr adalah sebuah laman web pembelajaran bahasa Inggeris untuk kanak-kanak, guru tadika dan juga untuk ibu bapa. Mula sahaja layari laman web ini pasti anda akan tertarik dengan gambar, tulisan, warna, bahan pembelajran yang disedikan  dan video pembelajran yang menarik. laman web ini sesuai untuk kanak-kanak berumur:


Lawan web ini bukan sahaja menyediakan bahan pembelajaran, malah nicjr juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang menarik seperti :
  • game dan aktiviti
  • family life
  • resipes
  • videos
  • winter
  • valentine's day
  • gift guide
  • muzik
  • preschool games
  • printable activities
  • preschool crafts
ini adalah antara yang terdapat pada laman web nickjr. jika anda layari laman web ini anda akan dapati begitu banyak aktiviti yang disediakan. Walaupun laman web ini berbahasa Inggeris tetapi bahasa yang disediakan begitu mudah difahami. Ini kerana nickjr tidak banyak menggunakan ayat tetapi lebih kepada gambar dan aktiviti. Apa yang membezakan laman web ini dengan laman web yang lain ialah kerana nicjr sentiasa mengemaskini laman webnya mengikut peredaran masa. nickj akan sentiasa menyedikan bahan pembelajaran yang baru untuk kanak-kanak, guru dan ibu bapa. Sebagai contoh, semasa perayaan cina nickj akan menyedikan bahan pembelajaran berkaitan dengan perayaan cina seperti membuat angpau , kad ucapan dan lain-lain. Begitu juga dengan perayaan krismes, hari raya, tahun baru dan banyak lagi. nickj juga menyedikan pelbagai jenis buku latihan untuk kanak-kanak. buku tersebut juga begitu menarik dan berwarna warni sesuai dengan minat kanak-kanak.

          Untuk mendapat lebih banyak bahan pembelajaran dan mendapat banyak kelebihan anda perlulah menjadi ahli nickjr terlebih dahulu. Mendaftar sebagai ahli nickjr adalah secara Percuma. Selepas menjadi ahli anda akan menerima email dari nickjr pada setiap minggu. 


menarik di http://www.nickjr.com/ adalah :


1. nickjr menyediakan resepi yang mudah dan sesuai untuk kanak-kanak. Antara resepi yang disediakan adalah:



2. nickjr menyediakan bahagian untuk rujukan ibu bapa. Dibahagian itu terdapat banyak pengetahuan untuk dipelajari oleh ibu bapa.




3. nickjr menyediakan bahagian kesihatan. dalam bahagian ini, kanak-kanak boleh belajar beberapa jenis penyakit seperti demam, batuk, selesema dan banyak lain. selain itu nickjr juga mengajar cara merawat penyakit tersebut. Bahagian ini bukan sahaja untuk kanak-kanak malah ia juga untuk rujukan ibu bapa dan guru.




4. nickjr menyediakan pelbagai video untuk ibu bapa, guru dan kanak-kanak. video yang disediakan sangat sesuai untuk tatapan kanak-kanak. ia mengandungi pembelajaran dan pengetahuan am.




5. nickjr menyediakan bahan pembelajaran yang boleh dicetak secara percuma.Ini dapat membantu para ibu bapa dan guru untuk menyediakan bahan pembelajaran yang menarik.



6. nickjr menyediakan game yang sangat bagus. Ini kerana bahagian ini dipenuhi dengan warna dan gambar yang menarik. game-game yang disediakan untuk kanak-kanak begitu banyak pilihan. Ramai kanak-kanak akan gemar dengan game tersebut. Game yang disediakan boleh mengembangkan perkembangan bahasa, komunikasi dan sosial kerana game tersebut berinteraksi dengan si pemain. selain itu game yang disediakan banyak membantu dari segi pembelajaran kanak-kanak kerana terdapat pembelajaran matematik, warna, bentuk dan banyak lain.




banyak lagi program yang terdapat dalam laman web nickjr. ini. Pastinya kanak-kanak akan rasa gembira kerana dapat belajar dalam kaedah yang menyeronokan.


KELEBIHAN
  1. laman web nickjr tidak banyak memberi arahan iaitu tidak banyak tulisan atau ayat. nickjr lebih mengutamakan gambar dan video. Ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang masih baru belajar membaca.  
  2.  nickjr menggunakan ayat yang mudah difahami untuk kanak-kanak.
  3. Games yang disediakan dalam nickjr tidak mempunyai penilaian, jadi jika kanak-kanak melakukan kesilapan dalam game tersebut kanak-kanak tidak akan putus asa malah kanak-kanak akan terus bermain sehingga berjaya.
  4. Games di nickjr juga amat popular di televisyen seperti dora the explorer, go Diego go  , blue's clues dan banyak lagi. Ini dapat menarik minat kanak-kanak.
  5. gamenya juga dapat membantu pembelajaran kanak-kanak seperti belajar matematik, bentuk, warna dan lain-lain.
  6. Grafik dalam nickjr ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak banyak fantasi. nickjr lebih kepada realiti grafik.nickjr juga tidak ada gambar-gambar merbahaya kepada kanak-kanak.
  7. nickjr sentiasa menyedika aktiviti dan bahan pembelajaran yang terkini dan terbaru mengikut peredaran masa dan mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. 
  8. nickjr juga sentiasa mengemaskini laman webnya mengikut setiap perayaan. Contohnya tahun baru cina, nickjr akan menyediakan kraf, lambaran kerja video berkaitan tahun barau cina seperti membuat kad ucapan, angpau, origami tanglung dan lain-lain. begitu juga dengan perayaan lain.
  9. nickjr menyediakan buku latihan untuk kanak-kanak.
  10. nickjr menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak mengikut umur kanak-kanak.
  11. Laman web nickjr menyediakan bahagian untuk ibu bapa. Bahagian tersebut dapat membantu ibu bapa menambah pengetahuan dari awal kehamilan hingga kanak-kanak itu membesar.
  12. nickjr menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh dicetak secara percuma

Khamis, 2 Februari 2012

Capstonekids

SELAMAT DATANG KE CAPSTONEKIDS

PENGENALAN
CAPSTONEKIDS merupakan laman web pendidikan dan hiburan. Ia dapat memberi banyak pengetahuan dan hiburan kepada kanak-kanak. Laman web ini mengandungi enam bahagian iaitu characters, make stuff, contests, explore, games dan quzzes. Kanak-kanak boleh mendapatkan banyak pengetahuan mengenai binatang, sejarah, geografi, sains dan banyak lagi melalui laman web ini. Laman web ini juga dapat menyenangkan ibu bapa dan juga pendidik. Ibu bapa dan pendidik boleh memuat turun kerja-kerja latihan yang disediakan oleh laman web ini.  Melalui laman web ini dapat menambah minat kanak-kanak terhadap membaca.

SASARAN
Laman web ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas.




Characters
Bahagian ini terdapat banyak watak-watak untuk pilihan kanak-kanak. Kanak-kanak cuma perlu memilih dan menekan masuk salah satu watak-watak untuk membaca lebih banyak mengisah watak-watak itu.



Make Stuff
Bahagian ini mengandungi Recipes, Magic Tricks, Drawing, Fold It, Crafts dan Projects.



Explore
Bahagian ini mengandungi banyak tajuk untuk kanak-kanak meneroka. Kanak-kanak boleh memilih tajuk yang disukainya untuk meneroka iaitu binatang, sejarah, geografi, biografi dan sains.



Games
Bahagian ini mengandungi dua jenis games iaitu Matching Games dan Wordsearch Games. Kanak-kanak boleh memilih melebihi 70 games. Kanak-kanak dapat belajar melalui games ini.

Quizzes
Bahagian ini mengandungi melebihi 230 quiz untuk dipilih oleh kanak-kanak.


Kanak-kanak boleh memilih tajuk yang minat. Soalan akan keluar melalui tajuk yang dipilih. Setiap soalan mengandugi 4 pilihan jawapan.

KELEBIHAN
1. Menambah minat kanak-kanak terhadap Bahasa Inggeris.
2. Capstone Kids berwarna-warni dapat menarik minat kanak-kanak.
3. Menggalakkan tabiat membaca kanak-kanak.
4. Menggunakan bunyi dan suara untuk membantu kanak-kanak.
5. Pembelajaran yang menyoronokkan.

KELEMAHAN
1. Tahap Bahasa Inggeris dalam Capstone Kids agak susah untuk kanak-kanak Malaysia.
2. Capstone Kids ini boleh sesuai untuk semua tahap umur kanak-kanak, tidak menetapkan satu umur
    yang tetap, ini dapat mengelirukan kanak-kanak.
3. Games dalam Capstone Kids agak membosankan untuk kanak-kanak.