Rabu, 8 Februari 2012

Crayola

SELAMAT DATANG KE CRAYOLA =)
http://www.crayola.com


PENGENALAN
CRAYOLA merupakan satu laman web untuk pendidikan. Dalam laman web ini mempunyai banyak aktiviti yang dapat menyeronokkan kanak-kanak dan dapat mengembangkan perkembangan mereka. Namun, laman web ini lebih tertekan kepada seni visual. Laman web ini bukan sahaja untuk kanak-kanak, ia juga sesuai untuk seorang pendidik dan juga untuk ibu bapa. Hal ini demikian, laman web ini mempunyai panduan kepada ibu bapa dan pendidik dengan cara mengajar dan cara mengembangkan perkembangan kanak-kanak dengan lebih efektif.  Laman web ini mempunyai banyak bahagian seperti bahagian untuk kanak-kanak mewarna, bahagian membuat kraf, bahagian permainan, bahagian untuk ibubapa atau pendidik dan lain-lain lagi. Melalui laman web ini, kanak-kanak dapatmengembangkan perkembangan kreativiti dan estetika mereka.

SASARAN
Laman web ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dan semua ibubapa serta pendidik.


BAHAGIAN
Coloring Page
Dalam bahagian ini, terdapat lebih daripada 1,000 coloring page yang percuma. Coloring page yang baru akan bertambah pada setiap bulan. Dalam bahagian ini, ia juga mempunyai banyak tema atau categosies untuk kanak-kanak memilih dan mewarna
Contoh



Craft Ideas
Dalam bahagian ini, terdapat banyak contoh-contoh kraf yang mengikut tema untuk kanak-kanak memilih. Dalam bahagian ini, terdapat cara membuat kraf, panduan keselamatan dan gambar kraf supaya kanak-kanak dapat menghasilkan kerja mereka dengan lebih sempurna.

Contoh


Games & Fun
Bahagian ini terdapat beberapa games untuk kanak-kanak yang dapat mengajar kanak-kanak mengenalkan warna dan bentuk.

Contoh






Products
Laman web ini juga menyediakan satu bahagian yang memperkenalkan pelbagai bahan untuk seni visual dan tempat yang dapat membelinya seperti pensil warna, warna air dan sebagainya secara online atau di kedai-kedai.
Contoh



For Educators
Crayola juga telah menyediakan satu bahagian untuk semua pendidik. Dalam bahagian ini terdapat banyak panduan untuk para pendidik mengajar kanak-kanak. Contohnya lesson plan yang mengikut umur kanak-kanak dan tema.
 Contoh


For Parents
Laman web ini juga memberi panduan kepada ibubapa dengan cara mengajar kanak-kanak dan bantuan kepada ibubapa dalam mengembangkan perkembangan kanak-kanak.


Contoh


Support
Dalam bahagian ini, terdapat pelbagai support yang dapat membantu para pengguna yang mahu lebih tahu terhadap crayola seperti contact number,product instruction sheets dan sebagainya.

About Crayola
Bahagian ini adalah untuk memberi para pengguna lebih mengenalkan crayola dengan lebih teliti.

Bahagian lain
Terdapat juga bahagian story studio,tv dan lain-lain lagi yang perlu daftar       secara percuma baru boleh guna.



KELEBIHAN
  1. Laman web ini dapat mengembangkan perkembangan kanak-kanak terutamanya dari segi perkembangan kreativiti dan estetika.
  2. Laman web ini bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak dalam mengembangkan perkembangan mereka, ia juga dapat membantu ibubapa dan para pendidik dalam memberi panduan kepada mereka.
  3. Laman web ini menggunakan bahasa inggeris yang dapat mengembangkan bahasa inggeris kanak-kanak yang kurang mahir.
  4. Laman web ini mempunyai penerangan yang jelas bagi semua aktiviti atau permainan supaya menyenangkan kanak-kanak mengguna atau memainkan.
  5. Kanak-kanak dapat berimiginasi dengan lebih kreatif apabila melayari laman web ini.
  6. Laman web ini dapat membantu kanak-kanak mengenalkan warna yang berlainan.
  7. Laman web ini dapat membantu ibubapa dan para pendidik dengan cara mengajar kanak-kanak dengan lebih efektif serta memberi panduan kepada mereka.
KELEMAHAN 
  1. Laman web ini tidak sesuai untuk kanak-kanak yang bawah umur empat tahun kerana terdapat bahagian yang susah untuk kanak-kanak fahami.
  2. Laman web ini kurang aktiviti yang dapat mengembangkan perkembangan kanak-kanak yang lain seperti perkembangan bahasa.
  3. Laman web ini tidak mempunyai lagu atau bunyi yang boleh menarik minat kanak-kanak.
  4. Terlalu banyak tulisan dan arahan untuk kanak-kanak.
  5. Ada bahagian yang tidak dapat mewarna secara online dan perlulah mencetak keluar. Oleh itu, jika sesebuah keluarga tidak mempunyai alat pencetak atau kanak-kanak tidak tahu menggunakan pencetak, aktiviti itu hanya boleh dijalankan secara separuh sahaja.
Contoh :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan