Rabu, 8 Februari 2012

Ziggity Zoom

SELAMAT DATANG KE ZIGGITY ZOOM




PENGENALAN

ZIGGITY ZOOM merupakan laman web berunsurkan pendidikan penggunaan ICT kepada kanak-kanak. Ia dapat memberikan pengetahuan baru dan keseronokan kepada kanak-kanak dengan aktiviti yang terdapat dalam laman web ini. laman web ini mempunyai enam bahagian iaitu games, colouring, stories, play world, activities dan video. Selain itu, laman web ini juga boleh sesuai untuk ibubapa dan pendidik untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Ibubapa atau pendidik boleh memuat turun lembaran kerja yang sedia ada serta boleh menjadikan laman web ini sebagai panduan untuk menarik minat kanak-kanak dalam aktiviti yang berfaedah.

SASARAN

Laman web ini sesuai untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur 2 hingga 8 tahun.



Terdapat enam bahagian utama yang terdapat dalam laman web ini. Kanak-kanak boleh memilih bahagian yang disukai kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menarik di sebalik setiap bahagian yang dipilih. Selain itu, terdapat bimbingan dan panduan kepada ibu bapa.


BAHAGIAN

GAMES
Games adalah kegemaran kanak-kanak di Ziggity Zoom. Games di dalam laman web ini mudah untuk mencetak, banyak permainan yang menyeronokkan dan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. Ziggity Zoom akan menambah lebih banyak permainan setiap bulan. Games dalam laman web ini membantu kanak-kanak berasa seronok semasa bermain dan mempunyai permainan mudah untuk kanak-kanak prasekolah.




COLORING
Laman web ini telah mencipta imej dan gambar-gambar yang menarik untuk kanak-kanak mewarna. Kanak-kanak boleh mewarna secara online dan boleh dicetak. Ibu bapa atau pihak pendidik boleh mencetak gambar yang terdapat di Ziggity Zoom sebagai bahan lampiran kerja kanak-kanak. kanak-kanak boleh mewarna hasil kerja mereka dengan krayon dan pensil warna.





STORIES
Stories mempunyai banyak cerita-cerita yang menarik untuk kanak-kanak. Kanak-kanak boleh mendengar cerita-cerita secara dengan menggunakan audio suara.



PLAYWORLDS
Play Worlds adalah suatu permainan kanak-kanak untuk meneroka. Kanak-kanak boleh merasai satu pengalaman yang menarik apabila bermain dalam play worlds ini. Paly Worlds ini terbahagi kepada dua iaitu permainan kanak-kanak perempuan dan permainan kanak-kanak lelaki.

contoh permainan kanak-kanak lelaki


contoh permainan kanak-kanak perempuan


ACTIVITIES
Kreatif dan imaginasi adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak. Pada bahagian ini pelbagai aktiviti kreatif dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.



VIDEOS
Di bahagian ini, kanak-kanak boleh menonton karton yang bermotifkan pembelajaran. Ibu bapa dan pendidik juga boleh melihat cara-cara membuat bahan bantu mengajar yang menarik untuk aktiviti kanak-kanak dan pelbagai lagi.



KELEBIHAN
  1. Laman web ini sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 8 meneroka dalam bidang ICT.
  2. Dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari perkembangan fizikal iaitu koordinasi mata-tangan.
  3. Pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak dalam laman web ini.
  4. Ibu bapa dan pendidik boleh mencetak lembaran kerja yang sedia ada di dalam laman web ini sebagai bahan untuk mengajar.
  5. Laman web ini mempunyai panduan kepada ibu bapa dan pendidik untuk menjalankan aktiviti kanak-kanak yang lebih efektif supaya kanak-kanak tidak bosan.
  6. Laman web ini mempunyai penerangan yang jelas untuk sesuatu aktiviti bagi memudahkan kanak-kanak dan ibu bapa.

KELEMAHAN
  1. Warna di dalam Ziggity Zoom kurang menarik perhatian kanak-kanak.
  2. Tahap bahasa Inggeris di laman web ini sangat sukar untuk kanak-kanak 2 hingga 8 tahun.
  3. Terlalu banyak perkataan dan keterangan.
  4. Tulisan yang kurang menarik dan terlalu kecil serta sukar dibaca oleh kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan