Rabu, 8 Februari 2012

Nickjr

Selamat datang ke 



PENGENALAN

nickjr adalah sebuah laman web pembelajaran bahasa Inggeris untuk kanak-kanak, guru tadika dan juga untuk ibu bapa. Mula sahaja layari laman web ini pasti anda akan tertarik dengan gambar, tulisan, warna, bahan pembelajran yang disedikan  dan video pembelajran yang menarik. laman web ini sesuai untuk kanak-kanak berumur:


Lawan web ini bukan sahaja menyediakan bahan pembelajaran, malah nicjr juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang menarik seperti :
  • game dan aktiviti
  • family life
  • resipes
  • videos
  • winter
  • valentine's day
  • gift guide
  • muzik
  • preschool games
  • printable activities
  • preschool crafts
ini adalah antara yang terdapat pada laman web nickjr. jika anda layari laman web ini anda akan dapati begitu banyak aktiviti yang disediakan. Walaupun laman web ini berbahasa Inggeris tetapi bahasa yang disediakan begitu mudah difahami. Ini kerana nickjr tidak banyak menggunakan ayat tetapi lebih kepada gambar dan aktiviti. Apa yang membezakan laman web ini dengan laman web yang lain ialah kerana nicjr sentiasa mengemaskini laman webnya mengikut peredaran masa. nickj akan sentiasa menyedikan bahan pembelajaran yang baru untuk kanak-kanak, guru dan ibu bapa. Sebagai contoh, semasa perayaan cina nickj akan menyedikan bahan pembelajaran berkaitan dengan perayaan cina seperti membuat angpau , kad ucapan dan lain-lain. Begitu juga dengan perayaan krismes, hari raya, tahun baru dan banyak lagi. nickj juga menyedikan pelbagai jenis buku latihan untuk kanak-kanak. buku tersebut juga begitu menarik dan berwarna warni sesuai dengan minat kanak-kanak.

          Untuk mendapat lebih banyak bahan pembelajaran dan mendapat banyak kelebihan anda perlulah menjadi ahli nickjr terlebih dahulu. Mendaftar sebagai ahli nickjr adalah secara Percuma. Selepas menjadi ahli anda akan menerima email dari nickjr pada setiap minggu. 


menarik di http://www.nickjr.com/ adalah :


1. nickjr menyediakan resepi yang mudah dan sesuai untuk kanak-kanak. Antara resepi yang disediakan adalah:



2. nickjr menyediakan bahagian untuk rujukan ibu bapa. Dibahagian itu terdapat banyak pengetahuan untuk dipelajari oleh ibu bapa.




3. nickjr menyediakan bahagian kesihatan. dalam bahagian ini, kanak-kanak boleh belajar beberapa jenis penyakit seperti demam, batuk, selesema dan banyak lain. selain itu nickjr juga mengajar cara merawat penyakit tersebut. Bahagian ini bukan sahaja untuk kanak-kanak malah ia juga untuk rujukan ibu bapa dan guru.




4. nickjr menyediakan pelbagai video untuk ibu bapa, guru dan kanak-kanak. video yang disediakan sangat sesuai untuk tatapan kanak-kanak. ia mengandungi pembelajaran dan pengetahuan am.




5. nickjr menyediakan bahan pembelajaran yang boleh dicetak secara percuma.Ini dapat membantu para ibu bapa dan guru untuk menyediakan bahan pembelajaran yang menarik.



6. nickjr menyediakan game yang sangat bagus. Ini kerana bahagian ini dipenuhi dengan warna dan gambar yang menarik. game-game yang disediakan untuk kanak-kanak begitu banyak pilihan. Ramai kanak-kanak akan gemar dengan game tersebut. Game yang disediakan boleh mengembangkan perkembangan bahasa, komunikasi dan sosial kerana game tersebut berinteraksi dengan si pemain. selain itu game yang disediakan banyak membantu dari segi pembelajaran kanak-kanak kerana terdapat pembelajaran matematik, warna, bentuk dan banyak lain.




banyak lagi program yang terdapat dalam laman web nickjr. ini. Pastinya kanak-kanak akan rasa gembira kerana dapat belajar dalam kaedah yang menyeronokan.


KELEBIHAN
  1. laman web nickjr tidak banyak memberi arahan iaitu tidak banyak tulisan atau ayat. nickjr lebih mengutamakan gambar dan video. Ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang masih baru belajar membaca.  
  2.  nickjr menggunakan ayat yang mudah difahami untuk kanak-kanak.
  3. Games yang disediakan dalam nickjr tidak mempunyai penilaian, jadi jika kanak-kanak melakukan kesilapan dalam game tersebut kanak-kanak tidak akan putus asa malah kanak-kanak akan terus bermain sehingga berjaya.
  4. Games di nickjr juga amat popular di televisyen seperti dora the explorer, go Diego go  , blue's clues dan banyak lagi. Ini dapat menarik minat kanak-kanak.
  5. gamenya juga dapat membantu pembelajaran kanak-kanak seperti belajar matematik, bentuk, warna dan lain-lain.
  6. Grafik dalam nickjr ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak banyak fantasi. nickjr lebih kepada realiti grafik.nickjr juga tidak ada gambar-gambar merbahaya kepada kanak-kanak.
  7. nickjr sentiasa menyedika aktiviti dan bahan pembelajaran yang terkini dan terbaru mengikut peredaran masa dan mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. 
  8. nickjr juga sentiasa mengemaskini laman webnya mengikut setiap perayaan. Contohnya tahun baru cina, nickjr akan menyediakan kraf, lambaran kerja video berkaitan tahun barau cina seperti membuat kad ucapan, angpau, origami tanglung dan lain-lain. begitu juga dengan perayaan lain.
  9. nickjr menyediakan buku latihan untuk kanak-kanak.
  10. nickjr menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak mengikut umur kanak-kanak.
  11. Laman web nickjr menyediakan bahagian untuk ibu bapa. Bahagian tersebut dapat membantu ibu bapa menambah pengetahuan dari awal kehamilan hingga kanak-kanak itu membesar.
  12. nickjr menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh dicetak secara percuma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan